Pages

Ads 468x60px

Featured Posts

Thursday, 1 November 2012

Proses Aplikasi Komputer Dengan Android


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua . Hari ini saya terjumpa satu fungsi yg menarik untuk komputer masa kini yang boleh dikongsikan. Seperti yang kita sudah ketahui, Android kini sudah tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Tapi bagi orang yang pertama kali memegang smartphone android pasti akan sedikit kesulitan dalam proses penggunaannya , apatah lagi bagi yang tidak biasa pada penggunaan komputer, :P , pasti sangat sulit dalam menaip sms. Nah, pengalaman  pribadi saya :P.., hehehee
Setelah pelbagai search telah dibuat akhirnya terjumpa juga aplikasi yang bolah memudahkan dalam penggunaan android melalui komputer, 

Untuk apa kegunaan airdroid ini erk ??, berikut adalah sedikit pengenalannya yang saya ambil :

 Home Airdroid

Apa !!!! 10 Gambar Palsu Tentang Taufan Sandy


Ehem2x .... Assalamualaikum dan salam sejahtera.Tentu korang ada dengar kan dalam berita atau di internet tentang Taufan Sandy atau dalam bahasa inggeris bunyi dia macam ini Hurricane Sandy. Baiklah post kali ini aku nak share dengan korang 10 gambar menarik taufan sandy yang telah di-photoshop kan.senang cerita gambar palsu la :P .ok enjoy .... nk amik jd walpaper korang pn bley . hehek. :p


Tuesday, 30 October 2012

Tips Untuk Cari Atau Beli Laptop Gaming


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Dah lama aku senyap dan menyepikan . Sebabnya aku bz sampai lupa nak update segalanya dalam blog aku nie . Hari ini aku nak share sedikit tips untuk membeli laptop untuk tujuan gaming.Seperti yang korang tau selalunya gaming ni PC la sesuai.Tapi ada jugak yang sukakan laptop lagi.Dan kemudian bila beli laptop mahal2 tapi tak boleh main game.Rugi kan?Ok ni lah tujuan ap aku nk post hari ini.
Tips ni aku terbaca cari entry kawan aku.

Thursday, 3 November 2011

BARU AKU TAU ADA PONDOK PENYAYANG RAUDHAH SELAIN KEM SRI RAUDAH YG AKU PERGI HARI TU . . . .



Pondok Penyayang Raudah


Pondok Penyayang Raudah ialah pusat pemulihan kepada remaja dan kanak-kanak yang bermasalah.Tempat ini juga merupakan tempat tinggal kepada anak-anak yatim. Pondok ini terletak di Batu 11, Jalan Pahang lama, 53100 Kuala Lumpur. Terdapat banyak keistimewaan tempat ini.Antaranya ialah Pondok Penyayang Raudah ini tidak seperti rumah kebajikan lain yang mendapat pembiayaan dari pihak kerajaan. Ini kerana mereka mengamalkan konsep berdikari.Selain itu, rumah kebajikan ini mendidik penghuni rumah ini mengikut didikkan Islam yang sangat mendalam.



Thursday, 13 October 2011

Menjadi Tunang Orang Tanpa di sedari ?




Assalamualaikum . . , sy sungguh tertarik dgn info ini . iaitu bertunang tampa disedari . . .
untuk memahami lebih lanjut . . ikuti soal jawab di bawah ni ye ^^'


                                        SOALAN

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

JAWAPAN

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku.""Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.


Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.


Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.



wallahu'alam bissawab
>_<

Assignmnt !!!! oh tidak !


Hari ni cam bese . . p kuliah . . . tp yang paling menyedihkn . . huh!!
pensyrh bg assignmet bnyak wei . . . .=_='
nsib la lappy da siap dahulu sblom assinmnt dberi . . sblom ni lappy ku kna srangn hendap oleh virus ^^'
minggu depan ade tugasan kat luar lak . . fenin2 . .assgnmnt agy . .mna satu nk wat ni . .argh!!!


  [      Stop it!!!!!!!!      ]


skunk ni jngn nk tension2 . . . benda ni senang ja .  . . . jngn jdkn susah . . . mlm ni start wat assgnmet 
jngn nk buang msa . . . fokus k . . hehe . . . =p [mampu ke aku focus]
pastikn siap ye ! . . jngn xsiap plak assgnmnt 2 . . . aku bkn pa .  . . tkowt jd cam ni ja . . pasal 
lama sngt ngadap lappy 4 assgnmnt . . .cam photo at bwah ni . . oh tidak !!!

hahahaha !!!!
aku x nk jd cam kat atas ni . . . ingt . . benda senang ja ni . . jngn jdkn susah . . . u can do it !!!
hehe . . ni suma adalah cabaran sebagai seorg pelajar yg cemerlang . . aminn . . ^^' 
k la . . . ni je la kowt . . papepn . . blajar biar enjoy . . result biar gempak ! !
 . .


wallahu'alam bissawab
(^_^)

Saturday, 8 October 2011

PILIHLAH JALAN YANG BENAR ....



PILIHLAH JALAN YANG BENAR YANG MENUJU KEPADA KEJAYAAN DUNIA &  AKHIRAT.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.” - Ustaz Azhar Idrus 

( Original )

wallahu'alam bissawab
(^_^)