Pages

Ads 468x60px

Thursday, 13 October 2011

Menjadi Tunang Orang Tanpa di sedari ?




Assalamualaikum . . , sy sungguh tertarik dgn info ini . iaitu bertunang tampa disedari . . .
untuk memahami lebih lanjut . . ikuti soal jawab di bawah ni ye ^^'


                                        SOALAN

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

JAWAPAN

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku.""Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.


Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.


Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.



wallahu'alam bissawab
>_<

Assignmnt !!!! oh tidak !


Hari ni cam bese . . p kuliah . . . tp yang paling menyedihkn . . huh!!
pensyrh bg assignmet bnyak wei . . . .=_='
nsib la lappy da siap dahulu sblom assinmnt dberi . . sblom ni lappy ku kna srangn hendap oleh virus ^^'
minggu depan ade tugasan kat luar lak . . fenin2 . .assgnmnt agy . .mna satu nk wat ni . .argh!!!


  [      Stop it!!!!!!!!      ]


skunk ni jngn nk tension2 . . . benda ni senang ja .  . . . jngn jdkn susah . . . mlm ni start wat assgnmet 
jngn nk buang msa . . . fokus k . . hehe . . . =p [mampu ke aku focus]
pastikn siap ye ! . . jngn xsiap plak assgnmnt 2 . . . aku bkn pa .  . . tkowt jd cam ni ja . . pasal 
lama sngt ngadap lappy 4 assgnmnt . . .cam photo at bwah ni . . oh tidak !!!

hahahaha !!!!
aku x nk jd cam kat atas ni . . . ingt . . benda senang ja ni . . jngn jdkn susah . . . u can do it !!!
hehe . . ni suma adalah cabaran sebagai seorg pelajar yg cemerlang . . aminn . . ^^' 
k la . . . ni je la kowt . . papepn . . blajar biar enjoy . . result biar gempak ! !
 . .


wallahu'alam bissawab
(^_^)

Saturday, 8 October 2011

PILIHLAH JALAN YANG BENAR ....



PILIHLAH JALAN YANG BENAR YANG MENUJU KEPADA KEJAYAAN DUNIA &  AKHIRAT.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.” - Ustaz Azhar Idrus 

( Original )

wallahu'alam bissawab
(^_^)

Ya Allah jika aku jatuh cinta . . .




Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
Amiin…



wallahu'alam bissawab
(^_^)

870 RIBU RIAL SAUDI selamat dipindah tampa kawalan ketat ?








SubhanaAllah, Maha Suci Engkau Ya Allah yg telah menciptakan kami, dan Engkau sahaja yg Maha Mengetahui sgala jenis pencegahan dr keburukan yg teramat sesuai ntuk kami..


Inilah hasilnya bila kita yakin pd ketetapan Allah..




wallahu'alam bissawab
(^_^)

Friday, 7 October 2011

Rasulullah SAW pun selalu bersenda gurau dengan Saidatina Aisyah

 Rasulullah SAW pun selalu bersenda gurau dengan Saidatina Aisyah. Kata hadis Nabi SAW yang ringkas dalam pencarian pasangan yang sepadan dengan anda:

"..sehingga kamu dapat tertawa dengannya dan ia tertawa denganmu.."
( HR Muttafaqun 'Alaih )

p/s : Cubit mesra pipi si isteri, dapat pahala. Cubit mesra pipi si suami, dapat pahala. Berpahala, membawa ke SYURGA..


wallahu'alam bissawab
(^_^)

Kumbang dan Bunga







Wahai Sang Kumbang...Kau diberi kelebihan untuk menghisap madu bunga-bungaan,Kau diberi peluang memeliharanya dengan kudrat tangan,Kau diberi mandat membetulkan lenggokan bunga-bunga yang harum di taman,

Harus kau ingat amanah ini bukan mainan mahupun satu kebanggaan.
Wahai Sang Kumbang...Tatkala Kau bertaut pada bungaan yang berduri,Janganlah sesekali Kau kasari dengan kerakusan hati, Kerana baginya itulah satu-satunya perisai diri,
Sebaiknya Kau belailah ia dengan kasih sayang dan rasa takwa kepada Ilahi.
Wahai Sang Kumbang...Janganlah sesekali Kau meleraikan kelopak bunga yang sedang berkembang,Janganlah sesekali Kau mencemarkan bunga-bunga yang indah dipandang,Janganlah sesekali Kau patahkan ranting untuknya bertaut meneruskan kehidupan,
Janganlah sesekali Kau menjadi kumbang yang cacat dan menjengkelkan. 
Wahai Sang Kumbang...Ingatlah kuntuman bunga-bunga ini mendambakan kehidupan abadi,Bukanlah kehidupan sejenak yang menjanjikan kebahagiaan sementara ini,Ingatlah bunga-bunga ini bukan untuk santapanmu yang bernafsu berahi,
Tetapi bunga-bunga ini amanah kepadamu untuk kau hayati dan hargai.
Wahai Sang Kumbang...Kau bebas terbang dan bertaut di Bunga yang kau dambakan,Namun, perlu Kau ingat bukanlah nafsu yang harus menjadi ukuran,Cukuplah sekadar apa yang kau mampu untuk hadamkan,
Semarakkanlah ia dengan baja-bajaan yang diamanahkan.
Wahai Sang Kumbang...Janganlah dirimu terbang menghisap madu dan berlalu pergi,Usah bebankan hati Bunga yang tidak mampu terbang tinggi,Setialah di situ dan didiklah ia dengan kasih yang suci,
Semoga Kau bisa menjadi Kumbang yang sentiasa dirahmati.


wallahu'alam bissawab
(^_^)


Akhirnya . . kerja2 amal berjaya disiapkan !





Alhamdulillah . . . siap jgak kerja amal aq tu . . . agak lewat siap nyer pasal aku mula lewat . . haha ! . . tertdow . . haish!!! . . hurmmmm . . . . . time 2 sleep . . nyte ! . . zzZzz ..



wallahu'alam bissawab
(^_^)



test2! . . cubaan2 . . haha !



dah mcam test paper exm ja . . hahaha !!!! 
Ni first time aq ade blog sndiri . . .aq pkai hentam ja ni . . . btol ka slh aq pn x tau ler . . . =_=''
aq buat bloq ni pn pasal saja2 ja . . ikut owg ni ! . . n org tu memang important 4 me ! . . hehe . . hurrmmmm . . truk2 .
. . ish3! . .

wallahu'alam bissawab

(^_^)